Powered By Blogger

Monday, May 10, 2010

Ikan Siakap



Umpan dan perambut:


Ikan siakap menggemari umpan hidup kerana sifat semulajadinya yang suka menyambar, jadi para pemancing memerlukan umpan hidup seperti udang, ikan kecil seperti belanak yang mudah didapati di kuala sungai.Perkara utama yang perlu ditekankan, pastikan tali utama berada di dalam lingkungan 10-20 paun dan perambut kasar dalam 30 paun keatas jika tidak mahu berputih mata melihat siakap memutuskan tali.
Cara memancing ikan ini adalah dengan menggunakan pelampung dimana tahap kedalaman air memainkan peranan penting di dalam menentukan panjang tali diantara umpan dan pelampung, ini adalah kerana untuk menyeimbangkan umpan supaya tidak terlalu dekat atau terlalu dalam.Jika tidak, mungkin umpan tidak disentuh kerana mungkin ikan siakap yang berada diantara permukaan dasar tidak dapat melihat umpan tersebut. Teknik lain untuk menangkap siakap adalah seperti casting, berkesan untuk menipu siakap dan membolehkan pemancing mendapatkan habuan siakap.


Waktu Terbaik:

Waktu memancing siakap yang terbaik adalah pada waktu pagi. ini kerana siakap akan keluar dari lubuk untuk memburu anak-anak ikan dan udang. siakap juga galak menyambar umpan bila air mulai pasang..ikan siakap akan menyusur ke hulu mengikut arus air pasang.



Ikan siakap merah adalah satu spesis dengan ikan siakap putih. Ikan ini suka mendiami kawasan-kawasan yang mempunyai reba kayu dan benteng-benteng batu. Seperti yang sedia maklum kekuatan pecutan ikan ini adalah sangat mengagumkan hingga membuatkan badan kita menggigil dibuatnya. Ramai kaki pancing yang tewas semasa bertarung dengan ikan ini kerana setiap kali menyambar umpan, ia akan terus melarikannya ke dalam lubuk berbatu dan reba-reba kayu.
Umpan:
Umpan yang sering aku gunakan adalah umpan hirisan ikan selayang, dan udang. selain itu umpan anak ikan juga adalah umpan yang terbaik. Penggunaan umpan segar adalah di galakkan sama sekali.
Perambut:
Perambut yang aku gunakan adalah bersaiz 30paun dan tali utama bersaiz antara 10-20 paun sudah memadai.
Masa:
Memancing siakap merah adalah terbaik di awal waktu air pasang dang air pasang penuh (mati).siakap galak memakan umpan di awal pagi hingga tengahari.

No comments:

Post a Comment