Powered By Blogger

Thursday, May 20, 2010

Memancing Ikan Di Pantai

Persediaan memancing ikan di pantai
1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:
i) Udang segar (hidup lebih baik).
ii) Perumpum sarang/pantai.
iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).
iv) Sotong pasar (cumit sesuai).
v) Sotong kurita.
vi) Anak ikan belanak.
vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.
viii) Ketam angin/anak ketam batu.
ix) Roti untuk umpan belanak besar.
x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.
xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.
2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.
3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.
4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).
5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Monday, May 10, 2010

Ikan Siakap



Umpan dan perambut:


Ikan siakap menggemari umpan hidup kerana sifat semulajadinya yang suka menyambar, jadi para pemancing memerlukan umpan hidup seperti udang, ikan kecil seperti belanak yang mudah didapati di kuala sungai.Perkara utama yang perlu ditekankan, pastikan tali utama berada di dalam lingkungan 10-20 paun dan perambut kasar dalam 30 paun keatas jika tidak mahu berputih mata melihat siakap memutuskan tali.
Cara memancing ikan ini adalah dengan menggunakan pelampung dimana tahap kedalaman air memainkan peranan penting di dalam menentukan panjang tali diantara umpan dan pelampung, ini adalah kerana untuk menyeimbangkan umpan supaya tidak terlalu dekat atau terlalu dalam.Jika tidak, mungkin umpan tidak disentuh kerana mungkin ikan siakap yang berada diantara permukaan dasar tidak dapat melihat umpan tersebut. Teknik lain untuk menangkap siakap adalah seperti casting, berkesan untuk menipu siakap dan membolehkan pemancing mendapatkan habuan siakap.


Waktu Terbaik:

Waktu memancing siakap yang terbaik adalah pada waktu pagi. ini kerana siakap akan keluar dari lubuk untuk memburu anak-anak ikan dan udang. siakap juga galak menyambar umpan bila air mulai pasang..ikan siakap akan menyusur ke hulu mengikut arus air pasang.



Ikan siakap merah adalah satu spesis dengan ikan siakap putih. Ikan ini suka mendiami kawasan-kawasan yang mempunyai reba kayu dan benteng-benteng batu. Seperti yang sedia maklum kekuatan pecutan ikan ini adalah sangat mengagumkan hingga membuatkan badan kita menggigil dibuatnya. Ramai kaki pancing yang tewas semasa bertarung dengan ikan ini kerana setiap kali menyambar umpan, ia akan terus melarikannya ke dalam lubuk berbatu dan reba-reba kayu.
Umpan:
Umpan yang sering aku gunakan adalah umpan hirisan ikan selayang, dan udang. selain itu umpan anak ikan juga adalah umpan yang terbaik. Penggunaan umpan segar adalah di galakkan sama sekali.
Perambut:
Perambut yang aku gunakan adalah bersaiz 30paun dan tali utama bersaiz antara 10-20 paun sudah memadai.
Masa:
Memancing siakap merah adalah terbaik di awal waktu air pasang dang air pasang penuh (mati).siakap galak memakan umpan di awal pagi hingga tengahari.

Tuesday, May 4, 2010

Percubaan Menawan Pecah Ombak

Percubaan kali ke 2 bersama Sang Gelama di pecah ombak Pelabuhan Kuantan baru-baru ini masih belum membuahkan hasil yang diidam-idamkan. Belum ada rezeki lagi gamaknya dan sebagai manusia biasa kita harus sabar dan mesti mencuba dan terus mencuba sehingga mencapai KEJAYAAN!..

Thursday, April 29, 2010

18 April 2010 @ 0158 hrs

ikan yang disukai ramai... isinya sedap..klu nk pancing sendiri la...
bagi yang x dpt jgn kecewa...ye..

Monday, April 26, 2010




Pada malam tu siapa yang balik awal mesti menyesal, banyak tu dapat malam tu.... dapatlah bagi-bagi 3 orang hasil tangkapan tu....

Thursday, April 22, 2010


Haruan di Sungai Kobat, Kuantan

Kalau setiap kali memancing membuahkan hasil macam ni memang jadi nelayan la..hahahah...kepada sesiapa yang nak tau petuanya sila hubungi admin..hahaha...